Kulasegaran
M. Kulasegaran. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran menyerahkan kepada peguamnya berhubung tindakan undang-undang yang bakal diambil beliau mengenai dakwaan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mengenai dakwaan kata-kata berbaur rasis, perkauman melampau dan fitnah.

Bagaimanapun, menurut Menteri Sumber Manusia itu, beliau tidak menyatakan bila saman itu akan dimulakan.

“Biarlah peguam saya yang buat keputusan, itu semasa di Rantau.

“(PRK) Rantau sudah habis, kamu cakap hal (isu) yang barulah,” katanya selepas merasmikan program ‘Road Worldskills Competition Kazan 2019’, di Stesen Sentral, hari ini.

Sabtu lalu, Asyraf bersama MIC, Makkal Sakti, KIMMA membuat laporan polis berhubung ceramah Kula yang didakwa menghamburkan kata-kata itu dalam siri ceramah semasa kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kepada pengundi-pengundi India.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu mendakwa Kula juga mengaitkan Raja Permaisuri Agong di dalam ceramah rasisnya.

Kula berkata; “Ini untuk Streram dari kaum kita sendiri, kita semua kaum yang sama, darah yang sama.

“Apa akan terjadi kalau kita tidak memberi sokongan kepada kaum kita sendiri. Kalau tidak, apa kami buat di Kabinet nanti.

“Jangan sampai orang kata, apalah lawan dengan dia (Tok Mad) yang dari kaum lain tapi kepada dia (Tok Mad) juga orang Tamil telah mengundi,” kata Kula Segaran.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menambah, semasa beliau menjadi menteri banyak masalah yang dibawa kepadanya sebenarnya boleh dikemukakan kepada menteri Cina, menteri Melayu tapi orang India tidak akan pergi mendapatkan bantuan mereka. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/13/kenyataan-rasis-kulasegaran-pemuda-umno-buat-laporan-polis/