Kebanyakan tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikemukakan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah melepasi proses semakan dan mula dibayar balik secara berperingkat sehingga akhir tahun, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri T.Subromaniam. 
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengumumkan tiada bayaran balik GST 'dirompak' oleh kerajaan BN.

PADA Sidang Parlimen Ogos 2018, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa wang sebanyak “RM19.4 bilion Wang Bayaran Balik GST telah dirompak oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu”.

Tuduhan ‘rompakan’ adalah perkara yang serius, bukannya boleh dibuat main-main dan serkap jarang apatah lagi amaunnya begitu besar iaitu berbilion ringgit.
Ke mana ghaib dan lesapnya wang sebanyak itu?
PH khususnya DAP bersama laskar sibernya mengulang modal alkisah rompakan wang GST ini hampir setahun lamanya.

Lanjutan daripada tuduhan Menteri Kewangan itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen memulakan prosiding penyiasatan dengan memanggil semua pihak berkepentingan dalam isu ini termasuk Menteri Kewangan, Mantan Menteri Kewangan, mantan Menteri Kewangan II, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah JKDM dan Akauntan Negara. PAC juga mendapat taklimat daripada Ketua Audit Negara berhubung kesahihan tuntutan tunggakan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion selain mendapat pandangan Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai prosedur bayaran balik GST.

Penyiasatan oleh PAC sudah pun selesai.
Hari ini Laporan PAC setebal 484 mukasurat dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.
Apa hasil siasatan PAC itu?

Kesimpulan mudahnya untuk orang awam faham ialah Lim Guan Eng sememangnya layak digelar pembohong, penipu dan pembelit. Hal ini kerana dalam rumusan Laporan PAC jelas menyebut;

a) “Tidak ada kehilangan wang dalam kutipan hasil GST. Hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk tujuan membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Kerajaan sebelum ini telah terlebih anggar hasil GST bersih yang dikutip pada kadar 65% daripada jumlah kutipan hasil GST.”

b) “Penangguhan pemindahan dana dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST dibuat untuk menjaga kedudukan aliran wang tunai negara supaya tidak berada di dalam keadaan defisit pengurusan di mana perbelanjaan mengurus tidak boleh melebihi hasil.”

Jadi, di celah mana hendak dikatakan wang itu dirompak mahupun disamun?

Sungguhpun PH bermusuh dengan BN, ianya tidak memberikan lesen menghalalkan fitnah dan cereka palsu terhadap musuh.

Sungguhpun demikian, DAP tetap mahu menjadi pembelit bagi menjaga air muka pemimpin no. 1 nya yang sudah terbukti berbohong.
Mereka menggunakan pandangan dan tafsiran undang-undang oleh Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menyelamatkan Lim Guan Eng.

Maaf, saya tidak rasa Peguam Negara kita ini layak diterima bulat-bulat pandangannya kerana sudah terbukti selama ini dia bersikap ‘bias’ dalam tindakan pendakwaan yang menyasarkan pembangkang dan menjadi pakar penyuci Clorox bagi membersihkan pemimpin dan juak PH daripada sabitan mahkamah.

Peguam Negara berpandangan amalan Kerajaan BN sebelum ini yang memasukkan semua hasil kutipan GST ke dalam Akaun Hasil Disatukan terlebih dahulu dan kemudiannya dipindahkan secara berperingkat apabila diperlukan adalah bercanggah dengan peruntukan Seksyen 7, Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Seksyen 54 Akta GST 2014.

Sungguhpun demikian pandangan Peguam Negara, sebenarnya dalam Seksyen 54 (5) Akta GST jelas menyatakan Menteri Kewangan berkuasa dalam hal pembayaran kepada Akaun Hasil Disatukan bagi semua atau sebahagian daripada wang dalam Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST.

Bagaimana pula pandangan Ketua Audit Negara dalam isu ini?

Pada mukasurat 42 Laporan PAC ada menyebut bahawa Jabatan Audit Negara berpandangan dakwaan tunggakan bayaran balik GST RM19.47 bilion yang dibuat oleh Menteri Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah kurang tepat kerana jumlah tersebut belum lagi melalui proses semakan seterusnya sebelum disahkan untuk kelulusan pembayaran.

Sebenarnya, jumlah tunggakan tuntutan pulang balik yang telah disahkan oleh Jabatan Kastam tetapi belum dibayar hanyalah RM 1.41 bilion, bukannya RM19.47 bilion seperti didakwa oleh Menteri Kewangan.

Punca ketidakcukupan wang untuk bayaran tuntutan bukanlah sebab wang itu dirompak tetapi jumlah tunggakan keseluruhan yang tidak dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST.

Bagaimana pula dengan penjelasan oleh Akauntan Negara, Datuk Saat bin Esa?
Amalan oleh Kerajaan BN terdahulu adalah berpandukan Seksyen 7, Akta Tatacara Kewangan 1957 yang mengatasi Akta GST 2014. Ianya dilaksanakan sejak Akta GST mula dikuatkuasakan sehinggalah Peguam Negara lantikan PH memberi pandangan yang berbeza.

Beliau turut menyatakan ketika penutupan akaun tahun 2018, Akaun Hasil GST masih mempunyai jumlah sebanyak RM20 bilion dalam Akaun Hasil Disatukan. Wang tersebut boleh sahaja dipindahkan ke Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST namun, tidak dapat dilakukan kerana akan mengakibatkan defisit yang besar.

Beliau juga bersetuju bahawa wang yang sepatutnya digunakan untuk bayaran balik GST telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk perbelanjaan Kerajaan.

Jelas dan terang bukan?

Cuba kita bandingkan pandangan Peguam Negara kesayangan PH, Ketua Audit Negara dan Akauntan Negara.
Adakah Lim Guan Eng ini insan soleh yang boleh kita percayai kata-katanya?

Di mana bukti wang GST tersebut dirompak?
Tidak ada bukti pun.
Sebenarnya, inilah modus operandi PH khususnya DAP.
a) Lempar sahaja tuduhan fitnah.
b) Ulang tuduhan fitnah
c) Ulang tuduhan fitnah
d) Ulang tuduhan fitnah
e) Bukti tidak dikemukakan
f) Hasil siasatan oleh pihak berkuasa, rupanya tuduhan itu palsu sahaja.

Jikalau anda tidak percaya, lihat sahaja isu dakwaan PAS menerima wang 1 MDB sebanyak RM90 juta.
Sudah setahun mereka berkuasa, tidak ada sebarang bukti, tangkapan dan pendakwaan dikenakan terhadap mana-mana pemimpin PAS.

Persoalan akhir yang amat wajar ditanya kepada Menteri Kewangan yang pakar berbohong ialah atas tujuan apa Kerajaan PH membuat pembayaran balik cukai GST dengan menggunakan sebahagian daripada dividen khas Petronas berjumlah RM30 bilion?

Mungkin dia takut nak mengaku bahawa Kerajaan PH juga menjadi punca kepada kehilangan wang pendapatan negara tatkala “tax holiday” selama 3 bulan dilaksanakan.
Petronas pula yang menjadi mangsa bagi menutupi aib dan kelemahan Kerajaan PH dalam mengurus kewangan negara.

Apa yang nyata, Lim Guan Eng dan PH secara umumnya terbukti telah menipu rakyat. Pembangkang sudah pun mengemukakan usul terhadap Menteri Kewangan agar dia diseret kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana bercakap bohong dan mengelirukan dewan.

Adakah Speaker Dewan Rakyat akan menerima usul tersebut untuk dibahaskan dan diputuskan di dalam Dewan?
Urusan itu terserah kepada budibicara beliau namun, perlu diingatkan bahawa rakyat berhak menilai apa jua keputusan yang akan dibuat nanti.
Seandainya Lim Guan Eng masih diselamatkan oleh Kerajaan PH, maka kita tunggu sahajalah rakyat yang akan memberi hukuman pengajaran kepada pemimpin yang angkuh melalui kertas undi nanti.

PADA Sidang Parlimen Ogos 2018, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa wang sebanyak “RM19.4 bilion Wang Bayaran Balik GST telah dirompak oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu”.

Tuduhan ‘rompakan’ adalah perkara yang serius, bukannya boleh dibuat main-main dan serkap jarang apatah lagi amaunnya begitu besar iaitu berbilion Ringgit.
Ke mana ghaib dan lesapnya wang sebanyak itu?
PH khususnya DAP bersama laskar sibernya mengulang modal alkisah rompakan wang GST ini hampir setahun lamanya.

Lanjutan daripada tuduhan Menteri Kewangan itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen memulakan prosiding penyiasatan dengan memanggil semua pihak berkepentingan dalam isu ini termasuk Menteri Kewangan, Mantan Menteri Kewangan, mantan Menteri Kewangan II, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah JKDM dan Akauntan Negara. PAC juga mendapat taklimat daripada Ketua Audit Negara berhubung kesahihan tuntutan tunggakan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion selain mendapat pandangan Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai prosedur bayaran balik GST.

Penyiasatan oleh PAC sudah pun selesai.
Hari ini Laporan PAC setebal 484 mukasurat dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.
Apa hasil siasatan PAC itu?

Kesimpulan mudahnya untuk orang awam faham ialah Lim Guan Eng sememangnya layak digelar pembohong, penipu dan pembelit. Hal ini kerana dalam rumusan Laporan PAC jelas menyebut;

a) “Tidak ada kehilangan wang dalam kutipan hasil GST. Hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk tujuan membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Kerajaan sebelum ini telah terlebih anggar hasil GST bersih yang dikutip pada kadar 65% daripada jumlah kutipan hasil GST.”

b) “Penangguhan pemindahan dana dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST dibuat untuk menjaga kedudukan aliran wang tunai negara supaya tidak berada di dalam keadaan defisit pengurusan di mana perbelanjaan mengurus tidak boleh melebihi hasil.”

Jadi, di celah mana hendak dikatakan wang itu dirompak mahupun disamun?

Sungguhpun PH bermusuh dengan BN, ianya tidak memberikan lesen menghalalkan fitnah dan cereka palsu terhadap musuh.

Sungguhpun demikian, DAP tetap mahu menjadi pembelit bagi menjaga air muka pemimpin no. 1 nya yang sudah terbukti berbohong.
Mereka menggunakan pandangan dan tafsiran undang-undang oleh Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menyelamatkan Lim Guan Eng.

Maaf, saya tidak rasa Peguam Negara kita ini layak diterima bulat-bulat pandangannya kerana sudah terbukti selama ini dia bersikap ‘bias’ dalam tindakan pendakwaan yang menyasarkan pembangkang dan menjadi pakar penyuci Clorox bagi membersihkan pemimpin dan juak PH daripada sabitan mahkamah.

Peguam Negara berpandangan amalan Kerajaan BN sebelum ini yang memasukkan semua hasil kutipan GST ke dalam Akaun Hasil Disatukan terlebih dahulu dan kemudiannya dipindahkan secara berperingkat apabila diperlukan adalah bercanggah dengan peruntukan Seksyen 7, Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Seksyen 54 Akta GST 2014.

Sungguhpun demikian pandangan Peguam Negara, sebenarnya dalam Seksyen 54 (5) Akta GST jelas menyatakan Menteri Kewangan berkuasa dalam hal pembayaran kepada Akaun Hasil Disatukan bagi semua atau sebahagian daripada wang dalam Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST.

Bagaimana pula pandangan Ketua Audit Negara dalam isu ini?

Pada mukasurat 42 Laporan PAC ada menyebut bahawa Jabatan Audit Negara berpandangan dakwaan tunggakan bayaran balik GST RM19.47 bilion yang dibuat oleh Menteri Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah kurang tepat kerana jumlah tersebut belum lagi melalui proses semakan seterusnya sebelum disahkan untuk kelulusan pembayaran.

Sebenarnya, jumlah tunggakan tuntutan pulang balik yang telah disahkan oleh Jabatan Kastam tetapi belum dibayar hanyalah RM 1.41 bilion, bukannya RM19.47 bilion seperti didakwa oleh Menteri Kewangan.

Punca ketidakcukupan wang untuk bayaran tuntutan bukanlah sebab wang itu dirompak tetapi jumlah tunggakan keseluruhan yang tidak dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST.

Bagaimana pula dengan penjelasan oleh Akauntan Negara, Datuk Saat bin Esa?
Amalan oleh Kerajaan BN terdahulu adalah berpandukan Seksyen 7, Akta Tatacara Kewangan 1957 yang mengatasi Akta GST 2014. Ianya dilaksanakan sejak Akta GST mula dikuatkuasakan sehinggalah Peguam Negara lantikan PH memberi pandangan yang berbeza.

Beliau turut menyatakan ketika penutupan akaun tahun 2018, Akaun Hasil GST masih mempunyai jumlah sebanyak RM20 bilion dalam Akaun Hasil Disatukan. Wang tersebut boleh sahaja dipindahkan ke Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST namun, tidak dapat dilakukan kerana akan mengakibatkan defisit yang besar.

Beliau juga bersetuju bahawa wang yang sepatutnya digunakan untuk bayaran balik GST telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk perbelanjaan Kerajaan.

Jelas dan terang bukan?

Cuba kita bandingkan pandangan Peguam Negara kesayangan PH, Ketua Audit Negara dan Akauntan Negara.
Adakah Lim Guan Eng ini insan soleh yang boleh kita percayai kata-katanya?

Di mana bukti wang GST tersebut dirompak?
Tidak ada bukti pun.
Sebenarnya, inilah modus operandi PH khususnya DAP.
a) Lempar sahaja tuduhan fitnah.
b) Ulang tuduhan fitnah
c) Ulang tuduhan fitnah
d) Ulang tuduhan fitnah
e) Bukti tidak dikemukakan
f) Hasil siasatan oleh pihak berkuasa, rupanya tuduhan itu palsu sahaja.

Jikalau anda tidak percaya, lihat sahaja isu dakwaan PAS menerima wang 1MDB sebanyak RM90 juta.
Sudah setahun mereka berkuasa, tidak ada sebarang bukti, tangkapan dan pendakwaan dikenakan terhadap mana-mana pemimpin PAS.

Persoalan akhir yang amat wajar ditanya kepada Menteri Kewangan yang pakar berbohong ialah atas tujuan apa Kerajaan PH membuat pembayaran balik cukai GST dengan menggunakan sebahagian daripada dividen khas Petronas berjumlah RM30 bilion?

Mungkin dia takut nak mengaku bahawa Kerajaan PH juga menjadi punca kepada kehilangan wang pendapatan negara tatkala “tax holiday” selama 3 bulan dilaksanakan.
Petronas pula yang menjadi mangsa bagi menutupi aib dan kelemahan Kerajaan PH dalam mengurus kewangan negara.

Apa yang nyata, Lim Guan Eng dan PH secara umumnya terbukti telah menipu rakyat. Pembangkang sudah pun mengemukakan usul terhadap Menteri Kewangan agar dia diseret kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana bercakap bohong dan mengelirukan dewan.

Adakah Speaker Dewan Rakyat akan menerima usul tersebut untuk dibahaskan dan diputuskan di dalam Dewan?
Urusan itu terserah kepada budi bicara beliau namun, perlu diingatkan bahawa rakyat berhak menilai apa jua keputusan yang akan dibuat nanti.

Seandainya Lim Guan Eng masih diselamatkan oleh Kerajaan PH, maka kita tunggu sahajalah rakyat yang akan memberi hukuman pengajaran kepada pemimpin yang angkuh melalui kertas undi nanti.

SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.