KUALA LUMPUR – Hari ini tersebar satu surat daripada PKR Kuala Terengganu memohon pengurusan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu membenarkan mereka menggunakan bilik Kenyir untuk menyambut presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surat yang viral itu ditandatangani Wan Ismail Wan Long,  Bendahari PKR Negeri Terengganu merangkap Timbalan Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu.

Isi kandungan surat itu merujuk Anwar sebagai Perdana Menteri Kelapan (PM8) sebanyak dua kali dan beliau dijangka mengadakan lawatan kerja ke negeri itu pada 24 Ogos.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Anwar, Tengku Nashrul Tengku Abaidah, surat berkenaan adalah palsu dan tiada jemputan dari PKR negeri itu kepada Anwar.

“Palsu.. (majlis itu) tiada dalam jadual,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Surat bertarikh 14 Ogos itu ditujukan kepada Pengurus Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu memberitahu bahawa Anwar akan ke Terengganu pada lawatan kerja rasmi.

“PKR Terengganu meminta kebenaran menggunakan Kamar Kenyir dan pihak PKR sendiri akan menyediakan Pas Khas untuk MASB memberi kebenaran masuk ke Lapangan Terbang (Kenyir Bilik),” kata surat itu.

Dalam pada itu, terdapat nota pada surat berkenaan yang menyatakan permohonan PKR untuk menggunakan bilik Kenyir diluluskan oleh pihak lapangan terbang.

“Diluluskan kegunaan kompleks Kenyir seperti sebelum ini. Pohon pastikan kawalan sepenuhnya semasa ketibaan dan perlepasan,” tertera di sudut bawah kanan surat berkenaan. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.