Kawasan Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin Pasir Putih, Bachang yang dibakar malam tadi.

KUALA LUMPUR – Penduduk di Bachang, Melaka gempar apabila hampir 30 buah kubur  di Tanah Perkuburan Islam As Syakirin Pasir Putih ditemui rosak dipercayai akibat perbuatan khianat oleh individu tidak bertanggungjawab.

Perbuatan itu menunjukan pelakuan hilang akal.

Kira-kira 30 kubur dibakar dan batu nisan kubur-kubur lain dirosakkan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sarang Helang Bachang, Nasran Mehat mendakwa, kejadian ini bukanlah kali pertama.

Katanya, seminggu sebelum Ramadan lalu, sebuah kubur mengalami kerosakan pada batu nisan dipercayai angkara khianat.

Tambahnya, lebih menggeramkan apabila kesemua 30 buah kubur yang dibakar itu melibatkan kubur kira-kira lapan keluarga yang sama, sekali gus tindakan itu dipercayai dirancang dan bermotifkan tertentu.

Penduduk setempat yang berang dengan tindakan ini memohon pihak berkuasa segera menangkap individu atau pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Kubur

Beberapa media melaporkan, terdapat 4,000 kubur di tanah perkuburan lama itu.

Kedudukannya juga strategik di tepi Sungai Melaka dan di pinggir bandar.

Polis yang dipanggil susulan kejadian itu. – MalaysiaGazette