Tag: Tony Pua
Terima 59 Laporan, Polis Panggil Tony Pua Bantu Siasatan
Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat susulan hantaran dimuat naik di media sosial yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.
59 laporan polis dibuat, Tony Pua akan dipanggil beri keterangan
Sehingga pagi Khamis sebanyak 59 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung kenyataan yang dimuat naik oleh Tony Pua dan siasatan kini dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Isu kuasa Raja Melayu terhad: Tony Pua didakwa cuba jejaskan sistem...
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan kenyataan biadabnya didakwa mempertikai bidang kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Terima Datuk tapi Suee Lim diam bila institusi diraja Selangor diasak...
Beliau secara terbuka menamakan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim supaya menyatakan pendirian berhubung isu melibatkan dua pemimpin veteran DAP, Tony Pua dan Ronnie Liu serta ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki.
Kesetiaan kepada raja bukan sekadar teknikal undang-undang, perlu jaga adab
Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara tidak seharusnya dilihat daripada sudut teknikal undang-undang (legal technicalities) semata-mata sebaliknya perlu dihayati melalui lensa adab dan budaya kenegaraan yang tinggi.
Jangan hipokrit, oportunis peralat titah raja demi kepentingan sendiri – Pas
Apa-apa respons atau kenyataan melibatkan institusi Raja-raja Melayu hendaklah dibuat dengan penuh hati-hati, adab dan kehormatan yang setanding dengan status serta peranan perlembagaan, kata Takiyuddin.
Tony Pua perlu henti ‘helah politik’, hormati titah Sultan Selangor —...
Tindakan melabel titah Sultan sebagai “bukan decree” bukan sekadar hujah undang-undang, sebaliknya dianggap merendahkan konvensyen perlembagaan yang menjadi asas kestabilan negara dan institusi Raja-Raja Melayu.
Polis buka kertas siasatan terhadap Tony Pua, terima 28 laporan setakat...
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Institusi Diraja bukan sekadar simbol, tetapi tiang seri negara
Katanya, Institusi Diraja bukan sekadar simbol adat dan budaya, tetapi menjadi payung negara serta sebahagian daripada mekanisme semak dan imbang kepada Perlembagaan.
Bukan ketelanjuran tetapi Tony Pua sengaja cetuskan polemik baharu
Ketua Armada Bersatu Malaysia, Muhammad Hilman Idham berkata, kenyataan itu bukan sekadar keterlanjuran, malah didakwa sengaja dicetuskan untuk menyalakan polemik politik baharu walaupun sedar implikasinya terhadap kestabilan masyarakat.
















