- Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan kecemerlangan dalam QS World University Rankings 2023 apabila berjaya membuat lonjakan 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan 123 terbaik dunia.
SERDANG – Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang berjaya dalam aspek pembangunan jika dibuat perbandingan dengan sesetengah negara lain di dunia.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, status itu tidak disangkal lagi kerana Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan keupayaannya untuk membangunkan Malaysia.
“Sudah tentu kita bukan negara gagal, malah kita sebuah negara yang kuat, ini kerana kerajaan yang memerintah dia membuktikan mempunyai keupayaan.
“Keupayaan ini bukan saja penting tapi sangat diperlukan agar negara itu kuat dan tidak menjadi sebuah negara gagal seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dalam kalangan rakyat kita sendiri.
“Dakwaan ini bukan saja tidak berasas, bahkan tohmahan semata-mata. Saya fikir Malaysia sudah pun berada pada yang landasan betul,” katanya dalam Wacana Ilmuan Negaraku Malaysia: Di Mana dan Ke Mana kita? di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, Kerajaan Malaysia perlu banyak melakukan usaha dalam pembangunan bangsa dari aspek perpaduan utuh dan identiti kebangsaan yang menebal.
“Saya kira masih banyak yang perlu kita lakukan atau dilakukan oleh kerajaan yang usaha dan tindakannya perlu bersifat dibina secara sosial. Ia sangat memerlukan sosialisasi yang dirancang dengan rapi dan tuntas.
“Untuk pembangunan bangsanya, kita perlu memikirkan cara efektif lagi strategik untuk proses pembinaan semula iaitu proses sosialisasi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette