Pasukan keselamatan membawa mayat-mayat yang ditemui selepas sebuah pesawat tentera terhempas di Laut Andaman. foto Agensi

YANGON – Cuaca buruk menjadi punca pesawat tentera Myanmar terhempas dan mengorbankan 122 orang penumpang.

Nahas itu adalah terburuk dalam sejarah penerbangan negara itu.

Pesawat tentera buatan China, Shaanxi Y8 menjunam ke Laut Andaman semasa penerbangan rutin dari bandar selatan Myeik ke Yangon

Kapal-kapal tentera laut dan bot-bot nelayan terpaksa berhadapan dengan angin monsun yang menyebabkan ombak kuat, menyukarkan usaha mencari mayat yang sebahagian besar adalah isteri dan anak-anak anggota tentera.

Rakaman kotak hitam menunjukkan pesawat itu meluncur ke bawah selepas ais membentuk di sayap pesawat dan peningkatan angin lintang secara tiba-tiba a menyebabkan enjinnya berhenti, kata media negara.

Pesawat malang itu tidak dapat dihubungi oleh kawalan trafik udara selepas berlepas kira-kira setengah jam dari Myeik semasa terbang pada ketinggian 18,000 kaki.

“Kemalangan itu berlaku disebabkan kehilangan kawalan setelah mengalami cuaca buruk yang menyebabkan pesawat itu terhenti … dan meluncur,” kata media negara.

Penyiasat membuat kesimpulan itu adalah tragedi itu “bukan daripada sebarang tindakan sabotaj, letupan atau kegagalan enjin,” katanya.

Ia disebabkan musim monsun di Myanmar tetapi tidak ada laporan mengenai ribut besar di kawasan itu pada waktu tersebut. – MalaysiaGazette