Antonio Guterres . foto Agensi

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mungkin tidak cukup wang untuk membayar gaji pekerja pada bulan depan jika ahli-ahlinya tidak membayar hutang.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata, jika beliau tidak mengurangkan perbelanjaan sejak Januari lalu maka PBB tidak akan mempunyai kecairan untuk menyokong perhimpunan tahunan pemimpin dunia pada bulan lepas.

“Bulan ini, kita akan mencapai defisit ketara dalam dekad ini. Kami berisiko … memasuki November tanpa wang tunai yang cukup untuk menampung gaji. Kerja kami dan pembaharuan kami berisiko,” kata Gutteres.

Amerika Syarikat (AS) adalah penyumbang terbesar dan bertanggungjawab bagi 22% atau lebih daripada AS$3.3 bilion bajet untuk tahun ini, yang digunakan untuk kerja-kerja politik, kemanusiaan, pelucutan senjata, ekonomi dan hubungan sosial dan komunikasi.

Washington berhutang kira-kira AS$ 381 juta untuk belanjawan biasa dan AS$ 674 juta untuk bajet tetap 2019.

Misi AS. ke PBB mengesahkan angka tersebut.

Seorang pegawai dari misi A.S. berkata, Amerika Syarikat “akan menyediakan sebahagian besar dari apa yang kita berhutang kepada belanjawan biasa pada musim gugur ini, seperti yang telah dilakukan pada tahun-tahun yang lalu.”

“Secara keseluruhaan Amerika Syarikat adalah penyumbang terbesar kepada PBB – menyumbang kira-kira AS$ 10 bilion setahun dalam sumbangan yang dinilai dan secara sukarela bagi seluruh sistem PBB,” kata pegawai itu.

Presiden Donald Trump sebelum ini berkata, Washington sedang menanggung beban yang tidak adil terhadap kos PBB dan telah mendorong supaya PBB melakukan pembaharuan.

Guterres pula telah berusaha untuk meningkatkan operasi PBB dan mengurangkan kos.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, sebanyak 129 negara telah membayar cukai untuk 2019 setakat ini, yang berjumlah hampir AS$ 2 bilion.

Guterres berkata, beliau memperkenalkan langkah luar biasa bulan lepas untuk menangani kekurangan – jawatan kosong tidak boleh diisi, hanya perjalanan penting yang dibenarkan dan beberapa mesyuarat mungkin perlu dibatalkan atau ditangguhkan.

Operasi PBB di New York, Geneva, Vienna dan Nairobi dan di komisen serantau akan terjejas.

Misi perdamaian PBB dibiayai oleh belanjawan yang berasingan, iaitu AS$6.7 bilion untuk tahun ini hingga 30 Jun 2019, dan AS$ 6.51 bilion untuk tahun ini hingga 30 Jun 2020.

Amerika Syarikat bertanggungjawab untuk hampir 28 peratus daripada bajet pengaman tetapi telah berjanji untuk membayar hanya 25 persen – seperti yang diperlukan oleh undang-undang AS.

Washington kini berhutang kira-kira AS$ 2.4 bilion untuk misi pengaman.

Negara-negara penyumbang utama adalah Ethiopia, India, Bangladesh, Nepal dan Rwanda. Mereka membayar tentera mereka mengikut skala gaji negara mereka dan dibayar balik oleh PBB.

Sehingga Julai 2019, PBB membayar AS$ 1,428 sebulan bagi seorang askar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, operasi pengamannya menelan biaya kurang dari setengah dari 1 persen belanja ketenteraan dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast