KUALA LUMPUR – Peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ketika ini sedang meneliti surat bantahan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau yang mewakili Dr Mahathir telah menyerahkan surat bantahan berserta rujukan untuk penyelesaian pertikaian kepada ROS.

Dalam surat bantahan itu,  beliau memberi tempoh tujuh hari kepada ROS untuk menjawabnya.

“Bagi TUN DR MAHATHIR surat R.O.S. 05.05.2020 adalah “PENDAPAT SEBELAH PIHAK” yang TIDAK SAH dan TANPA MAKLUMAN kepada TUN DR MAHATHIR untuk membenarkan TUN DR MAHATHIR menampilkan segala fakta dan keterangan yang perlu sebelum R.O.S. berpeluang memberikan PENDAPAT yang TEPAT dan LENGKAP,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Haniff berkata, surat berkenaan telah diterima ROS semalam dan sedang diteliti.

”Sememangnya, melalui surat kami bertarikh 20.05.2020, kami telah memberi tempoh TUJUH (7) HARI dari tarikh penerimaan surat kami, iaitu pada atau sebelum 28.05.2020, untuk pihak ROS memajukan jawapan mereka,” ujarnya.

Sebelum ini Dr Mahathir mempertikaikan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengatakan bahawa beliau bukan lagi pengerusi Bersatu.

Haniff berkata, Mahathir percaya bahawa ROS tidak mengambil kira beberapa faktor ketika memutuskan status jawatan pengerusi “berhak” dipangku Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Jelas surat itu, Mahathir mempertahankan jawatan pengerusi selepas tiada sesiapa mencabarnya dalam pencalonan pemilihan Bersatu yang tutup pada 16 Mac lalu.

RoS sahkan Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu

Dalam surat oleh peguam Haniff, Dr Mahathir juga memohon ROS membatalkan pelantikan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu

ROS beberapa hari lalu memaklumkan  Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan parti diadakan kelak sambil memetik Artikel 16.9 perlembagaan parti untuk keputusan berkenaan.

Saya sendiri hanya tahu tentang surat ROS melalui media sosial – Marzuki

3 Komen

  1. Atok atok, bulan Ramadhan yg barakah ini lebih baik ko semak amalan. Sudah 2 lah menyusahkan rakyat Malaysia dari tahun1981. Politik bersih di lumuri dengan introduction to politik wang. Wakilrakyat yang bermatian berkhidmat untuk rakyat ko ganti dengan mereka yg rakus kekayaan. Proton ko gagal, rakyat bayar harga kereta tinggi. Ko create croni bangang jadi vendors. Barang2 proton cepat jahanam. Ko tak campur tangan dalam Perodua, Perodua berjaya. Tangan ko penuh najislah Atok.

    (E)MAS dah jadi najis, balaci ko Tajudun Ram long dah hancurkan. Tan sri azis dah bagi elok ko bagi ke beruang, jahanam lah MAS. PETRONAS ko gunakan untuk bail out keturunan ko. Tan sri Hasson Mericcon terpaksa ikut apa hang suruh. Ko suruh Petronas via MISC beli syarikat kapal najis anak ko. Mana pernah orang beli hutang. Ko paksa Petronas. Ingak tok, itu semua setiap sen adalah wang rakyat. Ko kena jumpa semua rakyat yg lo selewengkan seorang demi seorang.

    Ingat jadi PM7, ko nak jadi baik. Ko bagi boboboi ngan abang dia mega project-fiber national, RM27 billion. Bukan 5 Ringgit tau. Atok ambik tun Daom jadi penasihat 20% kembali. Dia lone ranger selesaikan mega project china, undocumented n unaccompanied. Cara atok lah, minutes pun tulis pakai pencil, tak suka bolem padam.

    Ingat tok, dosa dan amalan2 kita tidak akan terpadam. Tak pasai buat dosa pasa orang tua nie. Tolong jangan biarkan atok jahanamkan Malaysia lagi..nanti anak cucu kita nak makan apa.

  2. atok95 bangsat nie mmg xkn berhenti merebut kuasa sampai dia mati,
    mmg hidupnya utk berkuasa,tu yg da nk mati pun gila kuasa lagi sbb dia lupa adanya yg MAHA BERKUASA,
    politik negara nie jadi kotor jijik disebabkan atok95 bangsat nie la,
    dia maki org Melayu malas la apa la,tp anak beranaknya dia tolong,
    kini anak beranaknya hidup bersenang lenang,
    pada atok95 bangsat nie semua org salah,dia jek yg btul,
    sampai dia lupa adanya yg MAHA MENGETAHUI,
    Insya’ALLAH negara nie akan aman bila atok95,nuar berahim,lks,lge,dap n pan dah xde,

Comments are closed.