Kebakaran di tengah lautan Mexico akibat kebocoran paip minyak di dasar laut dalam kejadian pada Jumaat lalu.- Gambar agensi.

MEXICO CITY – Insiden kebocoran saluran paip gas dasar laut mengakibatkan berlaku kepulan asap seperti lava gunung berapi di tengah laut teluk Mexico.

Kebakaran api itu tercetus di perairan barat semenanjung Yucatan sejak Jumaat lalu,

Kebakaran luar biasa juga berlaku di pelantar minyak Maloob Zaap syarikat minyak Mexico, Pemex.

Kebocoran pada waktu subuh itu dilaporkan bermula dari platform carigali minyak dan mengambil masa lima jam sebelum berjaya dikawal sepenuhnya.

Pada masa yang sama, saiz kerosakan alam sekitar yang berlaku berikutan insiden itu belum dapat ditentukan.

Para pengkritik mendakwa insiden berkenaan menunjukkan penggerudian minyak di luar pesisir adalah kotor dan berbahaya.

Syarikat carigali minyak itu pula berkata, kapal kawalan kebakaran untuk mengepam lebih banyak air di atas api dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Angel Carrizales, selaku Ketua Regulasi Keselamatan Minyak ASEA di Mexico, menulis dalam ciapan Twitter bahawa kejadian itu “tidak menimbulkan tumpahan minyak di lautan”.

Pada masa yang sama, Carrizales tidak memperincikan apa yang sebenarnya terbakar di permukaan laut itu.

Namun laporan kejadian itu mengaitkannya mesin jentera turbo milik Ku Maloob Zaap terjejas akibat ribut dan hujan lebat.

Syarikat Pemex berjanji pihaknya akan menyiasat punca kejadian tersebut secara adil dan telus.

Pemex menghasilkan lebih daripada 40 peratus daripada 1.7 juta tong minyak mentah hariannya di Ku Maloob Zaap.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast