LONDON – Dua lelaki yang yang didakwa memperdagangkan dan menyeludup gadis bawah umur sekitar Rochdale sebelum memaksa mereka menjadi buruh seks mencabar proses pengusiran mereka dari United Kingdom (UK) ke Pakistan.
Mereka memohon semakan semula atas nama hak asasi manusia.
Kedua-dua suspek, Adil Khan, 51, dan Qari Abdul Rauf, 52 adalah anggota kumpulan geng yang merogol kanak-kanak perempuan seawal berusia 12 tahun setelah disuntik dadah dan memberi minuman keras.
Mereka dalam proses dihantar pulang kembali ke negara asal untuk berdepan tindakan ekoran kegiatan mereka dalam penderaan seks keganasan antara tahun 2008 hingga tahun 2010 membabitkan 50 gadis menjadi mangsa.
Pada Jun lalu, Adil menafikan terlibat kesalahan itu namun pada tribunal khas imigresen di UK pada Khamis lalu, dia mengaku tidak berwarganera setelah melepaskan kerakyatan Pakistan.
Atas alasan itu, peguambelanya yakin ia dapat menghalang pengusiran anak guamnya ke Pakistan.
Adil dan Qari antara empat daripada sembilan ahli sindiket yang dilucutkan identiti British mereka oleh Menteri Dalam Negeri UK, Theresa May yang melancarkan prosiding pengusiran mereka demi kebaikan awam.
Kegagalan UK mengusir kedua-dua individu itu selama hampir sedekad lalu setelah kesalahan mereka disabitkan di mahkamah telah mencetuskan kemarahan sebahagian penduduk di Rochdale.
Peguambela yang mewakili kedua-dua individu berkenaan menentang proses pengusiran itu atas alasan ia mencabul Artikel 8, Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah iaitu hak mereka untuk mendapat kehidupan peribadi dan keluarga.
Sonali Naik QC yang mewakili Rauf berhujah, Artikel 8 menyebut kedua-dua lelaki patut diuruskan secara berasingan sejurus masalah kerakyatan Adil diselesaikan.
Beliau merujuk beberapa kes seumpama yang pernah dibicara dan diputuskan di mahkamah pernah ditangani secara individu sehingga Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah telah bersidang.
Tetapi Cathryn McGahey QC, mewakili Pejabat Dalam Negeri, berpendapat perkara itu harus ditangani bersama kerana fakta latar belakang kedua-dua individu itu sama.
Polis sebelum itu mendakwa sebanyak 47 gadis telah diperdaya oleh kumpulan itu, yang akhirnya dibawa ke muka pengadilan pada tahun 2012 apabila seramai sembilan lelaki disabitkan atas kesalahan yang sama.
Adil dijatuhi hukuman penjara lapan tahun pada tahun 2012 dan dibebaskan dengan atas dasar kelakuan baik empat tahun kemudian.
Dia didakwa menyebabkan kanak-kanak berusia 13 tahun hamil tetapi dia adalah bapanya sebelum bertemu seorang lagi gadis berusia 15 tahun dan memperdagangkannya kepada orang lain.
Manakala Qari, bapa kepada lima orang anak memperdagangkan kanak-kanak berusia 15 tahun untuk menjadi buruh paksa dan menyeludup mangsa ke kawasan terpencil untuk mengadakan hubungan seks bersama beberapa rakannya.
Dia kemudian dipenjarakan enam tahun dan dibebaskan pada November 2014 setelah menjalani hukuman penjara dua tahun enam bulan.
Kedua-duanya hadir untuk perbicaraan kes dan ditangguhkan sehingga September ini.- MalaysiaGazette