Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

BAYAN LEPAS – Guru lelaki yang cuba bunuh isterinya dengan bertindak mengelar wanita itu dalam kejadian di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini, pada Rabu lalu akan direman hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Balik Pulau pada 30 Ogos bagi mendapatkan perintah reman.

ARTIKEL BERKAITAN

Terhimpit hutang bank dan e-dagang dipercayai punca guru kelar isteri sendiri

MalaysiaGazette terdahulu melaporkan, hutang pinjaman bank dan ansuran e-dagang dipercayai punca pergaduhan sehingga suspek bertindak mengelar isterinya.

Sazalee berkata, siasatan awal pihak polis mendapati suspek berusia 30 tahun yang juga seorang guru itu membuat pinjaman bank untuk pelaburan saham selain pembayaran ansuran barangan yang dibeli melalui platform e-dagang.

“Setakat ini hasil siasatan mendapati punca pergaduhan pasangan itu disebab hutang namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Dakwaan suspek mempunyai hutang dengan ahlong itu tidak benar sebaliknya, dia membuat pinjaman dengan institusi kewangan yang sah,” kata Sazalee,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media pada Rabu lalu melaporkan seorang wanita nyaris maut selepas ditikam suaminya yang juga seorang guru dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda di sini.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu disedari ibu mangsa selepas terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas sebelum mendapati menantunya sedang menindih mangsa sambil cuba mengelar leher isterinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast