Jenazah Mustaqqeem Mansoor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Lahar Tabut, Penaga, Pulau Pinang.

PENAGA – Jenazah Mustaqqeem Mansoor, 34, pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, Perak selamat dikebumikan, pagi ini.

Jenazah tiba di Masjid Lahar Tabut di sini, jam 2 pagi sebelum solat jenazah dilaksanakan sebaik sahaja selesai solat Subuh.

Jenazah kemudian dibawa di Tanah Perkuburan Lahar Tabut bersebelahan masjid diiringi lebih 200 ahli keluarga dan sahabat handai dan proses pengebumian selesai jam 7.30 pagi.

Artikel berkaitan: HIBA…Jenazah pendaki Gunung Liang Dibawa Keluar Dari Unit Forensik Hospital Slim River

Gunung Liang: Mana pergi malim gunung dan sweeper? – Komuniti pendaki

Pendaki maut di Gunung Liang: Dua malim gunung ditahan

Lelaki hilang ketika mendaki Gunung Liang temui maut

Media sebelum ini melaporkan Mustaqqeem dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun di Gunung Liang, pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, lelaki itu ditemui sudah meninggal dunia di puncak gunung, jam 3.30 petang semalam, dengan sedikit kesan pendarahan pada hidung, dipercayai akibat hipotermia.

Jenazah mangsa dibawa turun dari puncak gunung itu oleh pasukan Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang menggunakan helikopter. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast