KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan yang cuba terjun dari tingkat satu sebuah bangunan asrama dekat Institut Pertanian Serdang berjaya digagalkan pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar 7.37 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Kembangan bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Nor Azuwan Zulghoni berkata, sebaik tiba di lokasi anggota bertindak melakukan size up dan berjaya memujuk mangsa daripada bertindak di luar kawalan.
“Mangsa bagaimanapun diselamatkan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah bagi tindakan lanjut,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Katanya, mangsa kini sedang dirawat di hospital dan mendapatkan ubat membabitkan anxiety serta berhalusinasi.
“Operasi kemudian tamat sepenuhnya pada jam 8.06 pagi dan semua anggota kembali ke balai selepas memastikam keadaan terkawal,” jelasnya. – MalaysiaGazette
















