Penerbit, Sitiroy Atan dan pengarah, Hamzah Tahir bersama barisan pelakon pada sidang media teater bertajuk 'Cik Ros' aitu tribute kepada tokoh seni persembahan terkenal Allahyarhamah Dr Rosminah Mohd Tahir ketika di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 SEPTEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Tinggal beberapa jam sahaja sebelum teater Cik Ros menemui khalayak di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di ibu negara.

Bermula jam 8.30 malam, 19 September seramai 60 orang tenaga produksinya termasuk 15 pelakon dan pemuzik berada dalam debaran yang memuncak.

Debaran itu juga turut dirasakan oleh pengarahnya, Hamzah Tahir dan penerbitnya, Siti Rohayah Attan dijangka akan berterusan sehingga pementasan berakhir pada 21 September.

Namun begitu, semangat mereka juga semakin memuncak bagi merealitikan pementasan yang didedikasikan kepada tokoh teater terkenal, Dr Rosminah Mohd Tahir.

Sesi latihan sebelum teater Cik Ros mengambil tempat pada 19 September 8.30 malam.

Teater ini akan memberi kepuasan kepada khalayak kerana ia menggabung segala rasa; gembira, lucu dan sedih di samping disajikan dengan dua lagu baru berjudul Ros Yang Rupawan dan Di Sudut Hati.

Teater ini dilakonkan oleh Datuk Ahmad Tamimi Sariger, Juhara Ayob, Ijat Ashari, Amy Mastura, Liza Abdullah, Rosli Rahman Adam, Zaifri Husin, Datuk Ziela Jalil, Faysal Saad, Herman Ghazali, Pavy Raj, Zerra Haris, Serra Kamal, Lim Mei Fern dan Ayawan Musafir sebagai peniup seruling. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast