Nizam Zain
Vaksin buat lindung nyawa, kata Boboy Anak Bujang
Vaksin Covid-19 bukan sesuatu yang asing buat orang asli kerana selepas jampi serapah, perubatan moden menjadi kepercayaan mereka jika menghidapi sesuatu penyakit.
Kena jaga kebajikan warga asing, elak mereka buat jenayah – Khairul
Lebih 1,500 warga asing yang terjejas dengan pandemik Covid-19 tidak terkecuali daripada mendapat bantuan barang keperluan asas namun ia bukan daripada kerajaan, sebaliknya hasil inisiatif anak-anak muda dari Kampung Melayu Subang sejak tiga bulan lalu.
Azmin, balik segera selesaikan masalah pengundi Gombak – Fitry
Timbalan Presiden Pertubuhan Generasi Gabungan Aspirasi Rakyat mendakwa, masyarakat pribumi itu mendakwa mereka masih tidak mendapat sebarang bantuan daripada Pejabat Khidmat Parlimen Gombak sejak awal tahun ini.
Semakin ramai Orang Asli sudah berani ambil vaksin – Ude Hamid
Penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap vaksin Covid-19 semakin baik malah semakin ramai yang mahu mendapatkan suntikan imunisasi itu selepas ada pemimpin pribumi itu sendiri telah selesai mengambil dua dos baru-baru ini.
Orang Asli tunggu bantuan wakil rakyat
Masyarakat Orang Asli juga turut terkesan apatah bahana PKP sejak Mac tahun lalu dan mereka sesekali hanya menerima bantuan JAKOA dan NGO sahaja.
Selepas kibar bendera putih, Tham buat laporan polis terhadap kerajaan
Lebih menyedihkan, dakwanya, ketika rakyat disuruh duduk di rumah, ahli politik pula berebut jawatan dan habuan politik dan senario itu menjejaskan usaha untuk membendung pandemik.
Kalau terus berpolitik negara akan gagal – Tham
Rakyat hilang sabar, tertekan dan sengsara, itu antara luahan perasaan yang diucapkan oleh seorang lelaki hanya mahu dikenali sebagai Tham yang membawa bendera putih ke Istana Negara kira-kira jam 11 pagi tadi.
Solidariti tanpa demonstrasi atau provokasi bawa suara rakyat – NGO
Sebagai tanda solidariti, pihaknya akan melancarkan kempen Pemulihan Malaysia pada Sabtu ini dengan berpakaian serba putih sekiranya tiada perubahan dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sekarang bukan masa cari untung, bantu rakyat semampu mungkin – Alif
Mana-mana individu mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang terkesan dengan pandemik Covid-19 kini boleh menarik nafas lega apabila semakin banyak pihak termasuk syarikat swasta bermurah hati untuk membantu rakyat yang terputus bekalan makanan.
Rakyat mahu duit, bukan bakul makanan – Prabakaran
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Penuh dan kini Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak berbulan-bulan lamanya bermula Mei lalu menyebabkan ramai tertekan dan hilang pekerjaan, katanya.
















