Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – MyHSR Corp Sdn Bhd (MyHSR) akan membuka tender bagi melantik Perunding Penasihat Komersial (CAC) bagi semakan projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur-Singapura.

Perunding yang dilantik akan diperlukan untuk membangunkan model perniagaan baru yang akan menghasilkan kos kitaran hayat projek yang optimum, serta membangunkan penumpang terkini dan mengemaskini penilaian manfaat yang akan dibawa ke Malaysia.

Kerajaan Malaysia dan Singapura telah, pada 5 September 2018, bersetuju untuk menggantung pembinaan HSR sehingga 31 Mei 2020.

Semasa tempoh penggantungan ini kedua-dua negara telah komited mencari jalan terbaik untuk projek tersebut.

Berikutan itu, Kerajaan Malaysia telah mengkaji semula projek ini dengan MyHSR Corp untuk mengenal pasti opsyen pengurangan kos, seperti mengkaji dan mengoptimumkan penjajaran, lokasi stesen, dan model perniagaan.

Sebelum ini, MyHSR Corp telah memanggil tender untuk melantik perunding untuk membantu perkara teknikal (TAC), yang masih berterusan dan dijangka selesao pada Hari Raya Aidilfitri

Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp berkata, tender ini adalah tender kedua berhubung dengan semakan semula projek HSR.

Dengan pelantikan TAC dan CAC, satu kajian semakan projek yang komprehensif akan dapat diselesaikan dan laporan akan disediakan dan dikemukakan kepada kerajaan, sebelum berakhirnya tempoh penggantungan pada Mei 2020.

“Kami menggalakkan semua firma dengan pengalaman yang relevan mengambil bahagian dalam tender ini kerana penemuan kajian ini akan membantu kami mendapat maklumat tepat mengenai projek ini,” katanya. – MalaysiaGazette