Saturday, August 22, 2026
Home Tag Covid-19

Tag: Covid-19

Tun M dibenarkan keluar IJN hari ini

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN setelah disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.

Covid-19: Jangkitan harian catat lebih 2,000 kes, sembilan kematian

Ia termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Rakyat AS perlu bayar sendiri untuk suntikan, rawatan Covid-19 tahun depan

WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membayangkan akan berhenti membeli dan menyediakan suntikan Covid-19 pada bulan Januari tahun depan kerana kekurangan dana. Oleh itu, rakyat AS yang mahu mendapatkan vaksin perlu melalui syarikat insurans atau membayarnya sendiri. Pegawai Kesihatan AS mengadakan mesyuarat lebih daripada 100 wakil daripada pembuat ubat, jabatan kesihatan negeri dan tempatan, penyedia kesihatan dan penanggung insurans pada hari Selasa (30 Ogos) untuk membincangkan rancangan kerajaan untuk mengalihkan penjualan vaksin dan terapeutik Covid-19 ke pasaran komersial, menurut Dawn O'Connell, yang mengetuai Pentadbiran Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia untuk Kesediaan dan Tindak Balas Strategik. Sejak wabak itu bermula, Kerajaan AS dan syarikat farmaseutikal telah membincangkan peralihan suntikan dan ubat Covid-19 daripada perolehan Persekutuan kepada jualan komersial, sama seperti suntikan selesema bermusim yang kini dilaksanakan. Peralihan ini bermakna rakyat AS mungkin berdepan dengan kos untuk mendapatkan suntikan Covid-19 daripada Pfizer dan Moderna, antara produk lain. "Kami sentiasa berhasrat untuk mengalihkan kerja ini ke pasaran komersial dan telah merancang untuk peralihan itu dalam beberapa waktu sekarang," tulis O'Connell dalam blognya. Namun, tempoh peralihan itu disegerakan sejak enam bulan lalu tanpa dana tambahan daripada Kongres untuk menyokong peralihan ini. Sudah 530 hari sejak Kerajaan AS menerima pembiayaan baharu untuk respons Covid-19, kata O'Connell. AS juga menjangka untuk berhenti membayar untuk rawatan Covid-19 seperti Paxlovid Pfizer pada pertengahan 2023 apabila bekalan kehabisan, katanya. - Bloomberg

Jepun naikkan had kemasukan pelancong kepada 50,000

Jepun telah mula melonggarkan kawalan sempadan Covid-19 pada 24 Ogos lalu selepas pelancong masuk ke negara ini akan dikecualikan daripada mengambil ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas jika mereka telah menerima tiga suntikan vaksinasi.

2,144 lagi kes Covid-19 semalam

Pertambahan itu menjadikan kes tempatan meningkat kepada 4,742,205.

Long Covid punca banyak kerja kosong di AS

Menurut CNBC yang memetik penerbitan penyelidikan oleh Institusi Brookings minggu lalu, dianggarkan 16 juta rakyat Amerika berusia antara 18 dan 65 tahun mengalami gejala ‘Long Covid’ selepas jangkitan.

Pakai pelitup muka: Situasi Malaysia, Singapura tidak sama

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya mengikuti jejak langkah Singapura kerana situasi kedua-dua negara berbeza.

32,901 kes aktif Covid-19 semalam

Daripada jumlah itu, 1,282 dirawat di hospital termasuk 73 kes di unit rawatan rapi dengan 48 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sarawak belanja RM300 juta biayai kos operasi vaksinasi Covid-19

Dana tersebut juga digunakan untuk menampung kos pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC) serta pusat kuarantin di hotel, selain kos menganalisa ujian calitan yang ditingkatkan daripada 2,500 sehari kepada 6,000 sehari ketika kes mencatatkan peningkatan mendadak.

Covid-19: Sebanyak 2,491 kes baharu semalam

Daripada jumlah itu 1,324 kes ditempatkan di hospital termasuk72 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 49 memerlukan alat bantuan pernafasan.