GEORGE TOWN – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Pulau Pinang membantah cadangan kajian oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkenaan kajian mengiktiraf ‘Third Gender‘ (jantina ketiga) dalam negara.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, tindakan dan cubaan untuk mengiktiraf ‘Third Gender‘ merupakan satu kesalahan disisi undang-undang dan berlawanan dengan fitrah manusia.
Jelas beliau, usaha untuk mengiktiraf ‘Third Gender’ ini ibarat mencabar kesucian agama Islam yang merupakan agama persekutuan di negara ini.
“Agenda ke arah mengiktiraf ‘Third Gender’ di Malaysia tidak boleh diterima sama sekali kerana ianya melampaui batas dan mengancam norma budaya hidup yang diamalkan.
“Kami menggesa agar ianya dibatalkan segera kerana sangat jelas dan nyata ia bertentangan dengan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Fauzi turut mempersoalkan tindakan Suhakam membawa agenda barat yang merosakkan pemikiran manusia serta mengancam tatasusila rakyat dalam negara.
“Dengan keadaan negara dan dunia yang kini sedang berperang dengan Pandemik Covid-19, janganlah kita cuba mengundang bala dengan melakukan perkara yang dilaknat tuhan.
“Sekali lagi, Pas Pulau Pinang dengan tegas mendesak agar agenda ini dibatalkan serta merta demi menjamin hak asasi manusia berada di landasan yang tepat menurut Islam,” tegas beliau. – MalaysiaGazette
Agenda ke arah mengiktiraf ‘Third Gender’ di Malaysia tidak boleh diterima sama sekali kerana ianya melampaui batas dan mengancam norma budaya hidup yang diamalkan.
Kami menggesa agar ianya dibatalkan segera kerana sangat jelas dan nyata ia bertentangan dengan Islam
Dengan keadaan negara dan dunia yang kini sedang berperang dengan Pandemik Covid-19, janganlah kita cuba mengundang bala dengan melakukan perkara yang dilaknat ALLAH
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 juga telah memutuskan bahawa:
“Seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan. Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.”