KUALA LUMPUR – Aktres sensasi Bollywood Kajol, 43, akan berada di pentas utama di hadapan Jakel Mall, Jalan Masjid India petang ini untuk mempromosi filem baharu lakonannya, Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2.

Heroin Kuch Kuch Hota Hai itu akan diiringi oleh hero dan pengarah VIP2 iaitu Dhanush dan Sondarya, anak kepada pelakon terkenal, Rajinikanth.

Selain acara bertemu dengan peminat, tetamu yang dibawa khas oleh Malik Streams Corporation itu juga akan mengadakan temu bual dengan beberapa saluran televisyen tempatan bagi mempromosi VIP2.

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedar filem tersebut di Malaysia berkata, antara faktor utama dia berminat dengan VIP2 kerana penampilan Kajol dalam filem tersebut.

VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014.

Filem yang disiarkan dalam tiga bahasa, Tamil, Hindi dan Telegu itu akan menemui penonton di pawagam Ogos ini. – MalaysiaGazette