Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Seluruh ahli dan penyokong Pas serta UMNO akan menolak serta membuang mana-mana pemimpin yang cuba merosakkan hubungan Muafakat Nasional (MN) yang telah diikat kukuh dengan nama Allah.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sejak MN termeterai setahun lalu, hubungan kedua parti terbesar orang Melayu itu berada dalam keadaan muhibah dan baik.

“Namun, jika ada pemimpin yang cuba merosakkannya, saya yakin, seluruh ahli dan penyokong Pas serta UMNO akan segera menolak, bahkan membuangnya,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada tindakan seorang pemimpin UMNO yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi pada masa sama menolak kerjasama dengan DAP.

Ahli Parlimen Bachok itu menyatakan dengan tegas bahawa kekeliruan yang berlaku tidak boleh menjadi punca dan alasan kepada kepanasan, kemarahan dan kebencian.

Ia katanya, adalah ujian daripada Allah yang bertujuan menguji kekuatan dan kesabaran para hamba-Nya yang dirahmati.

“Tumpu kepada penyatuan, pemurnian dan kesepakatan. Hindari wasangka dan keraguan sesama sendiri. Kenali tipu daya musuh,” katanya memberi peringatan.

Jelas beliau lagi, negara memerlukan MN demi kesejahteraan bersama kerana tanpanya, tiadalah Perikatan Nasional (PN).

“Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, bertukarnya afiat-Mu, kejutan kecelakaan daripada-Mu dan segala kemurkaan-Mu,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Lebai kena tanya kawan2 lebai dalam parti penunggang agama ini.
    Kenapa dalam masa yg sama lebai adakan kerjasama dgn pakatan nasional.
    Padahal muafakat nasional telah lebih awal dibuat kerja sama.
    Jawab nya senang saja kan.
    Sbb lebai & kawan2 lebai lebih utama kan pangkat & habuan dari setiakawan.
    Perangai lebai ni dah bermula dari zaman PR dulu lagi.
    Sebelum ini lebai pun sokong Tun.
    Dalam masa yg sama lebai bersekedudukan dgn pengkhianat nasional.
    Malu kami yg ilmu agama ni tak seberapa, bila kami diperli oleh orang bukan Islam.
    Bila lebai2 yg mengaku ulama juga khianat.

  2. Betul tu Nik Abduh, rakyat tak sabar2 menunggu kerajaan MN menggubal dasar2 terbaik untuk rakyat berbilang kaum! Berbincanglah secara berhemah, gentlemen, dapatkan juga input dari mufti2, mereka dekat dengan rakyat teramai dan tahu masalah2 semasa rakyat, terlalu banyak nanti jawatan2 yang boleh diisi dari peringkat atasan sehingga kedaerah2, pekan2, kampung2!

    Jom istiqamah!

Comments are closed.