masjid PH BN miskin tegar
Nazree Yunus

REMBAU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rembau menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akaun dan sumber perbelanjaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Nazree Yunus berkata, tindakan itu perlu diambil ekoran dakwaan yang dibuat oleh seorang penulis blog, Raja Petra Kamarudin melalui rakaman video yang tular dalam Facebook baru-baru ini.

“Berdasarkan video tular, Raja Petra memaklumkan bahawa kepimpinan PH dan BN mempunyai kewangan yang luar biasa dan berbelanja secara luar biasa dalam kempen pilihan raya umum yang lalu, iaitu ‘BN belanja RM6 juta dan PH belanja RM10 juta satu kerusi Parlimen’.

“Ini bermakna anggaran jumlah perbelanjaan yang didakwa adalah mungkin boleh mencecah lebih daripada RM 1.5 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, Bersatu Rembau menyarankan agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh agensi pihak berkuasa dalam menyiasat secara telus dan adil.

“Bersatu terbuka dan telah pun memberikan kerjasama kepada SPRM dalam isu siasatan kononnya berlaku penyelewengan RM600 bilion dan kemudian diturunkan menjadi RM92.5 bilion hingga menjadi RM300 juta, seperti yang dituduh oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelasnya.

Sehubungan itu, Nazree berkata, Bersatu Rembau menggesa agar PH dan UMNO untuk memperjelaskan serta mendedahkan sumber dan akaun perbelanjaan yang dikatakan ‘luar biasa’ dibelanjakan sewaktu PRU15. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. masa pru15 ph sebagai pembangkang . pembangkang tak terlibat harta negara untok modal kempen kalau sebanyak mana pun itu harta sendiri . yang jadi masaalah sekarang parti pn ketika itu sebagai kerajaan yang ada peluang rembat harta negara buat modal kempen . ini yang patut disiasat . nak buat cadangan pun tutup lah dengki kamu tu . guna otak yang ada diatas dsripada perut yang berada ditengah . jangan nampak sangat bodoh dengki tu . malu duduk bersama ulamak buat kerja tak berilmu . mintalah nasihat ulamak sebelum buat cadangan .

Comments are closed.