KUALA LUMPUR – Tahun 2025 menandakan detik penting buat Malaysia yang diberi mandat sebagai Pengerusi ASEAN. Bagi memastikan kecemerlangan negara memikul tanggungjawab serta kepercayaan yang diamanahkan di peringkat serantau, setiap kementerian menggembeling tenaga merangka program ke arah kesejahteraan sejagat.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang peranannya amat sinonim dengan penyediaan keperluan asas rakyat iaitu perumahan dan kesejahteraan bandar mengorak inisiatif menganjurkan tiga acara utama yang menjadi platform pengukuhan kerjasama serantau. Dua daripadanya merupakan acara baharu yang julung kali dianjurkan di rantau ini, manakala satu lagi ialah mesyuarat tahunan yang diteruskan dengan pendekatan baharu yang lebih menyeluruh dan berimpak. Penganjuran kesemua acara ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap kerjasama serantau yang inklusif dan berwawasan.
Di bawah kepimpinan KPKT, Malaysia bukan sekadar menjadi tuan rumah, tetapi juga memacu wacana, dasar, dan strategi untuk mengangkat isu pembangunan bandar, kelestarian perumahan, serta pengukuhan peranan kerajaan tempatan dalam mendepani cabaran global.

AREC 2025: Hartanah Mampan, Nadi Ekonomi ASEAN
ASEAN Real Estate Conference (AREC) 2025, membuka tirai penganjuran program ASEAN oleh KPKT dengan mengangkat hartanah sebagai komponen penting pertumbuhan ekonomi rantau ini.

Dengan penyertaan lebih 50,000 pengunjung dari 110 negara, 850 pempamer dan potensi pelaburan bernilai RM2 bilion, AREC membuktikan Kuala Lumpur sebagai hab hartanah ASEAN.
AREC juga mengetengahkan hala tuju masa depan bandar merangkumi teknologi modular, pembangunan hijau dan perumahan pintar selari dengan aspirasi KPKT untuk merangka strategi perumahan lebih mampan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan keperluan ASEAN memikirkan semula strategi perumahan bagi berdepan cabaran urbanisasi pesat, kos sara hidup, dan perubahan demografi. Antara cadangan beliau ialah penubuhan makmal dasar perumahan serantau serta papan pemuka bandar ASEAN – idea yang membuka jalan kepada satu kerangka jangka panjang.
ASUF, MGMAC & AGMF: Suara Tempatan, Agenda Serantau
Selepas sektor hartanah diperkukuh, kesinambungan agenda diteruskan dengan gabungan ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF), Meeting of Governors and Mayors of ASEAN Capitals (MGMAC) dan ASEAN Governors and Mayors Forum (AGMF).

Sidang mega ini menghimpunkan lebih 9,000 peserta dari 56 negara termasuk penglibatan lebih 200 bandar dan kerajaan tempatan, menjadikannya platform terbesar membincangkan kelestarian bandar.
Hasilnya, lahirlah Kuala Lumpur Sustainable Declaration On Localising ASEAN Community Vision 2045 yang menjadi dokumen penting penegasan komitmen bandar-bandar ASEAN terhadap pembangunan mampan, mobiliti bandar cekap, inovasi pembiayaan, serta pengurusan perubahan iklim.

Deklarasi ini kemudiannya akan diangkat sebagai input rasmi ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan seperti yang ditegaskan oleh Kor Ming ia menjadi bukti bahawa bandar ASEAN bersedia bertindak secara konstruktif dan inovatif.

Malaysia turut meninggalkan legasi dengan menubuhkan ASEAN Smart and Sustainable Centre di Kuala Lumpur sebagai pusat penyelidikan, sementara MGMAC pula diinstitusikan dengan sekretariat tetap di Jakarta.
ASCN8: Melakar Masa Depan Bandar Pintar ASEAN
Puncak kepimpinan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 diteruskan dengan Mesyuarat Tahunan Kelapan ASEAN Smart Cities Network (ASCN8). Sidang ini dihadiri 70 delegasi rasmi dari 14 negara dan 1000 peserta, serta pelancaran ASEAN Smart City Action Plan (ASCAP) 2026–2035 iaitu dokumen strategik 10 tahun yang akan memandu pembangunan bandar pintar rantau ini.

Delegasi turut meninjau Pusat Kawalan Pintar Putrajaya dan Wetlands Putrajaya sebagai contoh integrasi teknologi dengan kelestarian alam. Lawatan ini memperlihatkan keseimbangan antara pembangunan bandar moden dan pemuliharaan alam semula jadi, sekali gus menginspirasi negara anggota ASEAN untuk mengadaptasi pendekatan serupa dalam merancang bandar pintar yang lestari dan berdaya tahan.

Legasi Malaysia: Dari Hartanah ke Bandar Mampan, Hingga Bandar Pintar
Ketiga-tiga sidang ini tidak berlaku secara terasing, sebaliknya saling melengkapi:
- AREC 2025 menegaskan hartanah sebagai pemacu ekonomi.
- ASUF, MGMAC & AGMF memberi suara dan peranan kepada kerajaan tempatan.
- ASCN8 pula melakar pelan jangka panjang bandar pintar ASEAN.
Keseluruhannya, Malaysia telah membuktikan bahawa Kepengerusian ASEAN 2025 bukan sekadar simbolik atau protokol tetapi digerakkan dengan tindakan konkrit, visi jauh, dan hasil nyata.

Seperti ditegaskan Kor Ming, legasi sebenar bukan terletak pada jumlah pelaburan atau bilangan delegasi, tetapi pada tindakan kolektif yang bakal membimbing bandar-bandar ASEAN ke arah masa depan yang lebih inklusif, pintar dan berdaya tahan. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
AREC Cipta Sejarah Pacu Sektor Hartanah Merentasi Sempadan ASEAN
AREC pemangkin masa depan hartanah serantau
AREC 2025 perkukuh Malaysia sebagai peneraju pembangunan hartanah mampan – Kor Ming
Timbalan Perdana Menteri Rasmi AREC dan ARCHIDEX 2025
Malaysia destinasi pelancong nombor satu ASEAN
ASUF, AGMF, MGMAC labuh tirai, capai objektif ke arah bandar ASEAN lestari
Kuala Lumpur Pentas Tiga Forum Ke Arah Kemampanan Bandar ASEAN, Himpun Peserta Global
AGMF: Tiada bandar ASEAN harus tertinggal dalam pembangunan mampan – Kor Ming
Bandar pintar: Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina kongsi strategi
Dari Kuala Lumpur ke ASEAN 2045: Harapan bandar untuk generasi akan datang – Dr Bernadia
KLCC ibarat hab bandar ASEAN: Malaysia pacu agenda bandar hijau, inklusif berdaya huni
ASEAN perlu jadi pemacu tindakan iklim global – Kor Ming
Malaysia Akhiri ASCN8 Dengan Kejayaan, Mantapkan Peranan Pusat Bandar Pintar ASEAN
ASCN8 Kukuh Kepimpinan Serantau Dalam Pembangunan Bandar Pintar Mampan Dan Inklusif
ASCN8: Malaysia naik lapan tangga dalam indeks Bandar Pintar Dunia
Nga Kor Ming Di Mesyuarat Tahunan ke-8 Rangkaian Bandar Pintar ASEAN (ASCN8)
Masa depan ASEAN, antara inovasi dan budaya- Kor Ming
ASCN8: Malaysia pacu aspirasi bandar pintar menjelang 2040
Malaysia beri sumbangan besar dalam agenda bandar pintar ASEAN – Hazli
Malaysia tuan rumah pertama World Smart City Expo selepas Barcelona
Malaysia sasar jadi peneraju bandar pintar ASEAN – Alias
















