Filem adiwira Marvel, Avengers: Endgame mula ditayangkan di negara ini hari ini.

KUALA LUMPUR: – Peminat filem negara ini mula menyerbu ke pawagam seawal 6.30 pagi ini hanya untuk menjadi orang terawal menonton filem adiwira Marvel, Avengers: Endgame.

Filem yang dibintangi Robert Downey Jr, Chris Evans, Chris Hemsworth dan beberapa pelakon hebat itu mula ditayangkan pada hari ini di Malaysia.

Laman Twitter dihujani dengan reaksi para peminat filem tersebut yang mula menghadirkan diri sejak awal pagi.

Malaysia merupakan antara negara yang mendapat waktu tayangan terawal bagi filem adiwira itu.

Sebelum ini, beberapa klip pendek dari filem terakhir bagi siri Avengers itu mula berlegar di media sosial sejak minggu lalu.

Kecewa dengan senario itu, pengarah “Avengers: Endgame”, adik beradik Russo itu menyeru agar orang ramai tidak terus menyebarkan klip tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan