KUALA LUMPUR – Malaysia tidak perlu bimbang dengan soal teknikal dan keselamatan ketika menggunakan teknologi Huawei, kata Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan.

Micheal berkata, Huawei merupakan produk telekomunikasi yang menerima saringan dan semakan paling ketat daripada pelbagai negara, sekali gus memberi jaminan kepada kualitinya.

“Selain itu , kami memberi penekanan tertinggi kepada soal keselamatan rangkaian dan privasi,” katanya ketika mengulas pertikaian Amerika Syarikat ke atas soal keselamatan produk Huawei.

Michael berkata demikian ketika menerima wawancara daripada Oriental Daily.

Dalam wawancara itu, Michael berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sendiri mempunyai impresi yang mendalam selepas melawat pusat penyelidikan Huawei di Beijing.

“Saya percaya kerajaan Malaysia berlainan dengan kerajaan Amerika Syarikat.

“Hubungan saling mempercayai yang wujud adalah terbina atas keupayaan Huawei termasuk usaha kami dalam meletakkan keselamatan rangkaian dan privasi sebagai keutamaan penting,” katanya.

Dr. Mahathir baru-baru ini juga dilaporkan berkata, Malaysia tidak berasa terancam dengan dakwaan pengintipan ke atas Huawei, dan akan terus menggunakan teknologi syarikat itu secara seluas mungkin.

Jelas Michael, Huawei dikenakan tindakan tertentu oleh negara lain kerana syarikat itu mula meneraju industri telekomunikasi.

“Tiada yang akan menyekat orang yang berada di belakang, tetapi mereka akan menyekat orang yang sudah berada di depan.

“Huawei sedang meneraju dalam teknologi 5G, Malaysia langsung tidak perlu bimbang akan soal keselamatan jika menggunakan teknologi kami,” katanya.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.